PERTANDINGAN MUSABAQAH HAFAZAN Al-QURAN LIL BANAT TAHUN KE 2 (MAQLIB 2014)

PERINGKAT SARINGAN

Tarikh:   16, 17 & 18 September 2014 (Selasa, Rabu & Khamis)

Tempat: Maahad Tahfiz Lil Aytam, Lot 2978 Lorong Melati, Kampung Damai, 48050 Kuang, Selangor.

Waktu: 08.00 pagi – 05.00 petang

Tarikh Tutup: 12 September 2014 (Jumaat)

PERINGKAT AKHIR

Tarikh: 1 November 2014 (Sabtu)

Tempat: Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Waktu: 08.00 pagi – 06.30 petang

 

KATEGORI
1. 5-9 tahun: Surah Al Buruj hingga An Naas + Ayat Kursi
2. 5-12 tahun: Juzu’ 30 + Surah Yasin
3. 5-15 tahun: Juzu’ 1 + Juzu’ 30 + Surah Yasin + Surah As Sajdah + Surah Al Mulk
4. 5-18 tahun: Juzu’ 1 + Juzu’ 30 + Surah Yasiin + Surah As Sajdah + Surah Al Mulk + Surah Al Waqiah + Surah Ar Rahman + Surah Al Hadid dan Terjemahan Surah Ad Dhuha hingga An Naas

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Jumlah Peserta: Pihak maahad/sekolah dibenarkan menghantar seramai 10 orang (maksimum) peserta perempuan sahaja untuk melalui saringan awal Musabaqah Hafazan Al-Quran dan jika hendak menghantar lebih hendaklah berurusan dengan pihak urusetia di talian 016-2719127. Pemilihan ke peringkat akhir hanya terhad kepada 5 orang peserta sahaja setiap kategori melalui keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak juri.

2. Jadual Saringan: Pihak maahad/sekolah yang ingin menyertai peringkat saringan hendaklah menghubungi pihak urusetia di talian 016-2719127 untuk membuat pengesahan jadual dan pihak kami akan memaklumkan tarikh dan masa saringan yang akan ditetapkan.

3. Makanan/Minuman: Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan sepanjang peringkat saringan dan peringkat akhir.

4. Bentuk Ujian: Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan melalui surah daripada Al-Quran yang telah ditetapkan dengan mengambil kira hukum-hukum tajwid, fasohah dan suara. Setiap peserta diwajibkan membaca surah al-Fatihah pada soalan pertama.

5. Pemilihan Ayat: Setiap peserta akan mengundi dan memilih nombor yang akan diletakkan di dalam bekas yang disediakan, sebelum diuji oleh juri. Nombor tersebut akan menentukan soalan yang akan disoal oleh juri. Terdapat 10 soalan yang berbeza bagi setiap kategori.

6. Masa Bacaan: Setiap peserta akan diberi masa selama 10 minit untuk menamatkan hafazan mereka. Hakim/Juri berhak menamatkan bacaan peserta pada bila-bila masa bagi setiap surah atau ayat.

7. Pakaian: Peserta dikehendaki memakai baju kurung/ jubah serta bertudung dengan sempurna. Syarat pemakaian yang sama juga akan dikenakan kepada guru pengiring.

8. Penginapan/Kos Pengangkutan: Pihak kami tidak dapat menanggung apa-apa kos pengangkutan dan tidak menyediakan tempat penginapan kepada peserta dan guru pengiring.

 

TENTATIF PROGRAM

SARINGAN AWAL
16 – 18 SEPTEMBER 2014 (SELASA, RABU & KHAMIS)
08.00 – 09.00 pagi – Pendaftaran peserta & sarapan pagi
09.00 – 01.00 tgh. –  Musabaqah Peringkat Saringan bermula
01.00 – 02.30 ptg. –  Solat Zuhur, makan tengahari & rehat
02.30 – 05.00 ptg. –  Sambungan Musabaqah Peringkat Saringan
05.00 ptg. –          Solat Asar, minum petang & bersurai

PERTANDINGAN AKHIR & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
1 NOVEMBER 2014 (SABTU)
08.00 – 08.30 pagi – Pendaftaran peserta & sarapan pagi
08.30 – 01.00 tgh. – Bacaan Doa
Alunan Asmaul Husna
Musabaqah Akhir Hafazan Al Quran
01.00 – 02.00 tgh. – Solat Zuhur, makan tengahari & rehat
02.00 – 04.30 ptg. – Sambungan Musabaqah Akhir Hafazan Al Quran
04.30 ptg. –         Musabaqah dijangka berakhir, solat Asar & minum  petang

05.00 – 06.30 ptg. –  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Bacaan Doa
Penyampaian hadiah
Persembahan Hafazan dari Peserta Pilihan
Alunan Asmaul Husna
06.30 ptg. –          Majlis dijangka bersurai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s